Klon Getah dan Penggunaannya

Klon: Sebagai pokok atau sekumpulan pokok yang teruji segala sifat yang diingini. Klon getah terbahagi kepada dua:

Klon Asli: Sudah dijumpai manusia namun tidak diketahui susur galurnya.

Klon Moden: Hasil rekaan manusia melalui proses pembiakbaikan dan pemilihan dan dimajukan oleh RRIM dan syarikat swasta di Malaysia.

JENIS KLON

Klon kelas 1

Klon yang telah tamat diuji selama 30 tahun dan dimajukan untuk kegunaan secara besar-besaran. Terdiri daripada:

  1. RRIM 600
  2. RRIM 712
  3. PB 217
  4. PB260
  5. PR 225
  6. PR 261
  7. GT-1

Klon Kelas 2

Klon yang masih diuji penggunaannya pada kadar sederhana iaitu sehingga 50% daripada jumlah penanaman.

Terdiri daripada:

  1. RRIM 603
  2. RRIM 701
  3. RRIM 728
  4. RRIM729
  5. RRIM 805
  6. RRIM 901

Klon kelas IIIA

Klon dalam kumpulan ini hanya untuk penanaman percubaan sehingga 10 hektar bagi satu klon.

Terdiri daripada:

  1. RRIM 803
  2. RRIM 804
  3. RRIM 806
  4. RRIM 809

Klon kelas IIIB

Klon dalam kumpulan ini pula hanya untuk penanaman percubaan di dalam petak atau plot pemerhatian.

Terdiri daripada:

  1. RRIM 801
  2. RRIM 802
  3. RRIM 807
  4. RRIM 808

Klon Baru 2000 Series

Terdiri daripada:

  1. RRIM 2000
  2. RRIM 2001
  3. RRIM 2002
  4. RRIM 2008
  5. RRIM 2014
  6. RRIM 2025
  7. RRIM 2026

PENGGUNAAN KLON

  1. Pekebun kecil, hanya klon-klon kelas 1 dan beberapa klon kelas II yang terpilih di syorkan.
  2. Bagi luas kawasan 1ha, boleh ditanam dengan satu klon sahaja.
  3. Bagi kawasan 1-2ha, tidak lebih 50% ditanam dengan satu-satu klon.
  4. Bagi estet, semua klon dalam kelas I, II dan III disyorkan kecuali keadaan persekitaran di satu-satu kawasan menghadkan penggunaannya.

PEMBANGUNAN KAWASAN LADANG GETAH.

  1. Urusan pembangunan lading getah berupakan operasi yang besar.
  2. Melibatkan tenaga kerja dan mungkin jentera yang mana pula bergantung kepada keluasaan yang hendak dikerjakan.

PENANAMAN BARU

  1. Membina saliran
  2. Menebas belukar
  3. Tebang pokok hutan
  4. Keringkan kayu-kayan
  5. Pembakaran pertama
  6. Pembakaran kedua
  7. Baris point tanaman-lurus/kontor.
  8. Gali teres
  9. Bina jalan ladang
  10. Bajak tanah
  11. Tanam penutup bumi
  12. Gali lubang benih
  13. Pagar kawasan jika perlu
  14. Tanam benih getah

PENANAMAN SEMULA

  1. Tebas atau racun belukar
  2. Tebang pokok getah tua dan racun tunggulnya/ racun pokok getah tua dan biarkan lapuk sendiri/ tumbangkan pokok getah tua dengan jentolak.
  3. Keluarkan balak getah
  4. Bakar pertama
  5. Bakar kedua
  6. Bina jalan ladang
  7. Bina/ baiki saliran
  8. Bajak tanah
  9. Tanam penutup bumi
  10. Gali lubang benih
  11. Tanam benih getah.

JALAN LADANG

  1. Infrastruktur yang amat penting di dalam ladang.
  2. Sistem ladang yang dirancang dengan baik boleh memberi faedah seperti:
  3. Kecekapan keseluruhan yang maksima
  4. Pengurusan kos pengeluaran ladang
  5. Kemudahan perhubungan
  6. Kemudahan kerja penyeliaan
  7. Kesenangan dan kecekapan pengangkutan yang memerlukan kenderaan.

JENIS JALAN

  1. Jalan besar-menghubung ibu pejabat ladang & jalan raya awam yang dibina oleh kerajaan.
  2. Jalan subsidari atau sederhana- menghubungi ladang induk dimana ibu pejabat terletak dan bahagian ladang yang lain.
  3. Jalan kecil- menghubungi blok-blok ladang dan ibu pejabat.
  4. Susunatur jalan di dalam ladang mestilah direka untuk menyatukan ekonomi penggunaanya dan kemudahan membina, sambil itu memberi perkhidmatan yg maksima ke tempat-tempat di mana kenderaan diperlukan.

REKA BENTUK PENANAMAN GETAH

  1. Memerlukan rekabentuk atau susunan yang tertentu.
  2. Tanaman yang teratur memudahkan pengesanan pokok apabila diperlukan sambil itu dilihat menarik.

Mempunyai tiga komponen:

  1. Kepadatan
  2. jarak tanaman
  3. untuk apa susunan diperlukan.
  4. Satu hektar kawasan boleh ditanam dengan 400-500 pokok.
  5. Estet –mementingkan kos penorehan & pendapatan- boleh menanam 400 pokok /hektar.
  6. Kebun kecil- 500 pokok/hektar.
  7. Bagi rekabentuk segi empat sama sisi, segi empat tepat bujur, avenue dan pepagar:

PEMBARISAN LADANG

  • Pembarisan : menentukankan point/ tempat-tempat yang bakal ditanam di dalam ladang.

Dua jenis pembarisan:

  1. barisan lurus dibuat pada tanah pamah
  2. barisan kontor dibuat pada tanah berbuka/curam.
  3. Barisan lurus pula berbentuk segiempat sama sisi, segi empat bujur tepat dan segitiga sama sisi.

PENANAMAN

  • Teknologi masa kini mengutamakan penanaman benih polibeg, sama ada terdiri dari tunggul cantuman, tunggul teras atau cantuman muda.

Objektif:

  1. untuk mengasaskan kehidupan tanaman
  2. untuk mencapai % kejayaan kehidupan tanaman tinggi
  3. untuk mengurangkan kerja penyulaman
  4. untuk memanfaat ke tahap maksima benih yang bermutu dan berpotensi tinggi.

KAEDAH PENANAMAN

Benih Polibeg

  1. dirikan polibeg kedalam lubang utk mengacu ke dalamannya.
  2. benih polibeg ditanam supaya terbenam bekas cantumannya hingga sedalam satu pusaran daun.
  3. potongkan bahagian bawah polibeg utk mendedahkan tanahnya.
  4. dirikan semula polibeg ke tengah-tengah lubang.
  5. potongkan bahagian tepi polibeg secara menegak.
  6. kambus lubang separuh dengan tanah lapisan atas.
  7. cabut polibeg dengan cermat.
  8. kambus lubang hingga penuh dengan baki tanah yang ada setelah digaul dengan 113g baja debu fosfat asli seperti CIRP.
  9. padatkan tanah yang dipinggir lubang sahaja supaya tidak rosak akarnya. pasang sungkupan di keliling pangkal pokok.

Cantuman tunggal

  1. Bagi benih dari tunggul cantuman, kayu penugal utk mengukur akar tunjang & sebahagian dari batang pokok penantinya sehingga ke paras cantuman.
  2. Cucukkan kayu penugal itu di tengah-tengah lubang menanam yang terkabus, sedalam yang diukur.
  3. Masukkan benih tunggal ke dalam lubang tersebut sehingga ke tempek tunas.
  4. Asakkan tanah di kelilingnya padat-padat.Buat sungkupan dikeliling pangkal pokok.
  5. Siram dgn racun serangga Dieldrex 15 kepekatan 0.025%.

PENYULAMAN DAN PENJARANGAN

  1. Peringkat awal, pokok-pokok yang mati disulam/diganti.
  2. Biji benih, jarangkan sepokok yang paling tidak subur daripada 3 pokok yang biasa ditanam setempat apabila berumur 3 bulan.
  3. Selepas pokok dicantumtunas dan berjaya, jarangkan yang 1 lagi.
  4. Pokok meningkat dewasa, jarangkan pokok yang tak subur dan yang berpenyakit, tinggal 350-400 pokok /hektar semasa membuka tapak torehan (5 Tahun).
  5. Bila bertoreh pula, jarangkan lagi pokok yang rendah hasilnya, kurang subur dan berpenyakit sehingga tinggal 300 pokok sehektar.

PENDAHANAN

  1. untuk mencepatkan pokok berdahan.
  2. untuk membanyakan bilangan dahan dan daun pada awal kehidupan.
  3. untuk mendapatkan kawasan daun yang luas bagi memerangkap cahaya.
  4. untuk mencekapkan proses pemakanan pokok.
  5. untuk mencepatkan pengeluaran hasil
  6. untuk mendapatkan pokok yang rendang.

CANTASAN DAHAN

  1. Pokok getah memerlukan batang yang lurus dan licin agar kerja menoreh dapat dijalankan dengan mudah.
  2. Dahan yang keluar pada paras 3 meter tidak dikehendaki.
  3. Cantasan dilakukan dari semasa ke semasa.
  4. 3 jenis pencantasan iaitu cantasan pembetulan, cantasan terkawal dan cantasan mengelak kerosakan angin.

CANTASAN TERKAWAL

  1. Pokok mempunyai 3 pusaran daun dan pusaran terendah sekali di bawah paras 2 m hendaklah dicantas semua dahan terendah tersebut.
  2. Jika pusaran daun kurang dari 3, jangan lakukan apa-apa cantasan dan tunggu hingga terbentuk 3 pusaran daun.
  3. Pada peringkat ini umur pokok sudah mencapai 7-8 bulan.

CANTASAN BAGI MENGELAK KEROSAKAN ANGIN

  1. Cantasan dilakukan untuk mendapatkan sifat berikut:
  2. Jemala yg rendah & berbentuk kon yang berdasarkan luas.
  3. Batang utama yang tegak hingga ke hujung pokok.
  4. Pokok yang rendang.
  5. Dahan yang kecil mendatar dan teratur.

CARA-CARA CANTASAN

Pokok Muda (1-5 Tahun)

 

  1. Cantas jika keadaan yang merbahaya.
  2. Pada cabang bentuk v cantas satu dari dahannya dan tinggalkan satu yang mungkin menjadi dahan utama.

Pokok Dewasa (5 Tahun)

  1. Mencantas untuk meringankan jemala agar tidak membebankan batang.

PEMBAJAAN

  • Tujuaan:
  1. sebagai sumber makanan, mencepatkan pokok membesar.
  2. pokok menjadi subur dan cepat pulih dari serangan penyakit.
  3. apabila pokok cepat membesar cepat boleh ditoreh.
  4. oleh kerana pokoknya subur, hasilnya pun tinggi.
  5. kulit yang ditoreh pula boleh pulih dengan baik.

KAEDAH PEMBAJAAN

  1. Bagi pusingan pertama, 113 gm baja batu fosfat asli (CIRP) digaul dengan tanah dilubang menanam.
  2. Pusingan kedua dan seterusnya- baja ditabur dikeliling pangkal pokok dlm bulatan yang penuh.
  3. Selepas 15 bulan, baja ditabur dlm barisan/teres selebar 2 m.

JENIS-JENIS BAJA

  1. Pembajaan -mengikut umur pokok, jenis tanah dan kandungan unsur dalam tanah.
  2. Pokok baru ditanam- beri baja NPK Kuning sebulan sekali.
  3. Selepas dicantum, baja campuran fosfat larut seperti Nutrex MX diberikan selang sebulan sehingga umur 9 bulan.
  4. Selepas itu campuran seperti Mag X atau Y diberikan mengikut peringkat umur dan tanah sehingga umur 65 bulan.

Pokok Dewasa

  1. Di baja setahun sekali sehingga tua.
  2. Jenis baja ialah Campuran X atau Y untuk pokok yang tahan kerosakan angin dan campuran W1 atau W2 untuk yang peka pada angin.

TANAMAN PENUTUP BUMI

Amalan perkebunan yang amat digalakkan.Tujuaan:

  1. Melindungi permukaan tanah daripada cahaya matahari & suhu tinggi – menggalakkan kelembapan
  2. Mengelakkan kahisan tanah
  3. Menambah bahan organik melalui pereputan sisa dan meningkat kesuburan tanah.
  4. Mengikat zat nitrogen dari udara
  5. Mengurangkan kos penyelenggaraan ladang.

KEKACANG PENUTUP BUMi

  1. Calopogonium mucunoides
  2. Centrosema pubescens
  3. Pueraria phaseoloides
  4. Calopogonium caeruleum

RUMPAI

  1. Pengawalan rumpai boleh dibuat dala 3 cara:
  2. Cara manual- dibajak/cangkul.
  3. Cara Kimia- racun herba
  4. Cara biologikal-ragut oleh binatang seperti biri-biri

KAWALAN PENYAKIT

  1. Penyakit adalah yg paling merbahaya dan ia disebabkan oleh kulat yang pada mulanya menyerang kulit akar, kemudian menembusi ke kayu.
  2. Akarnya menjadi reput dan pokok akan mati.
  3. Penyakit akar putih (Rigidoporus lignosus)
  4. Penyakit akar merah (Ganoderma pseudoferreum)
  5. Penyakit akar perang (Phellinus noxius).

KAWALAN

  1. Periksa daun pokok setiap bulan apabila pokok berumur 6 bulan.
  2. Pokok yang daunnya berubah warna atau kurang sihat, periksa pergelangannya.
  3. Gali pokok hingga kelihatan pangkal akar tunjang dan akar sisinya.
  4. Jika berpenyakit dedahkan akar-akarnya.
  5. Cantaskan bahagian akar yang apuk, dikumpulkan serpihannya serta dibakar.
  6. Sapu bahan perlindung pada akar tunjang yang terdedah dan 15 cm pada akar jalarnya.
  7. Bagi penyakit akar putih gunakan Shell Collar Protectant
  8. Bagi penyakit akar merah dan perang gunakan Calixin Protectant.

PENYAKIT BATANG GETAH

Cendawan angin

  1. Menyerang dahan dan cabang pokok yang berumur 3-8 tahun, melarat di musim hujan ; spora merebak melalui angin.
  2. Klon-klon yang peka ialah RRIM 600, PR 255, PB 28/59.

Tanda-tanda;

  1. Kulat berwarna putih seperti sarang labah-labah melekap dicelah-celah dahan, lama kelamaan kulat ini bertukar menjadi merah jambu.
  2. Daun getah mula layu dan pangkal dahan pecah-pecah mengeluarkan latek, akhirnya dahan akan mati dan patah.

Kawalan:

  1. Kikis semua dahan 30 cm dan dicuci dgn Izal sapu dengan Calixin dengan kadar 2 %, gunakan berus cat.
  2. Bordeaux boleh digunakan, tapi pokok yang telah ditoreh tidak digalakkan mengunakan Bordeaux, sebab mengunakan Kuprum dan boleh menjejaskan mutu getah.

Cendawan Lapuk –Ceratosystis fimbriata

  1. Menyerang kulit pulihan dan boleh menyebabkan kerosakkan yang agak besar.
  2. Berjangkit melalui angin, pisau torehan, serangga yang memakan kulat ini, pakaian dan peralatan menoreh.
  3. Membiak pada musim hujan dan apabila terdapat kekurangan pengudaraan akibat tanaman rapat.
  4. Luka-luka ditapak torehan merupakan penyebab utama kulat ini menyerang pokok getah.
  5. Klon-klon yang peka – RRIM 600, 605, PR 107.

Tanda-tanda:

  1. Bintik-bintik hitam yg kemudianya diliputi debu kulat berwarna putih.
  2. Kulat ini boleh menghapuskan kulit cambium dan menyebabkan lopak tak berkulit pada tapak torehan.

Kawalan:

  1. Menyapu racun kulat pd tapak torehan.
  2. Kekerapan menoreh juga perlu dikurangkan dan rumpai tempat spora membiak perlu dibersihkan.
  3. Racun kulat digunakan adalah:
  4. Izal
  5. Flomac
  6. Difolatan
  7. Benlate.

Source: Notes Colllection

 

About Clara

Perjalanan hidup setiap insan berbeza..Saya juga mempunyai jalan cerita yang berbeza dengan anda;)

Posted on June 12, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: